COMPLIANCE: Personal Data Protection Act (PDPA) 2010

28 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 March 2024, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri NADI Internal Training – COMPLIANCE: Personal Data Protection Act (PDPA) 2010 yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kursus bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tujuan kursus ini bagi meningkatkan serta menambah pengetahuan dalam keselamatan Akta Perlindungan Data Peribadi.

Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan. Peserta terdiri daripada petugas NADI. Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan dalam pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi, menambah ilmu tentang keselamatan data peribadi yang sensitif dan Prinsip perlindungan data peribadi. Selain itu, kursus ini memberi peluang kepada petugas NADI mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus untuk digunakan ditempat kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali